Fitonutrien
Apakah Fitonutrien?
Fitonutrien adalah bahan aktif biologi yang memberi bau, warna dan rasa kepada tumbuhan. Fitonutrien membantu tumbuhan mempertahankan diri dengan melindunginya daripada serangga perosak, virus, bakteria dan sinar matahari berlebihan. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa fitonutrien juga mungkin melindungi badan manusia daripada penyakit jantung dan kanser tertentu. Terdapat beratus-ratus, mungkin beribu-ribu, fitonutrien dalam buah-buahan, sayuran, bijirin dan sesetengah herba.
Fitonutrien dan Anggur
Fitonutrien anggur membantu melindungi sel daripada kerosakan angkara radikal bebas, memberikan reputasi dan keupayaan menentang penyakit. Fitonutrien anggur telah menunjukkan keupayaan untuk menentang penyakit jantung dan banyak jenis kanser, termasuk kanser payu dara, kolon, usus, mulut dan leukemia. Kajian juga menunjukkan kesan positif dalam melawan virus flu dan juga pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan usia termasuk penyakit Alzheimer dan Parkinson.
Satu daripada fitonutrien paling kuat, yang dinamakan resveratrol, ialah antioksidan yang boleh dikatakan hanya terdapat dalam kulit anggur hijau, merah dan ungu. Kesan positif anggur, yang kaya dengan resveratrol, ke atas kesihatan dan keupayaannya memanjangkan hayat sel semakin diiktiraf.

