Grapes

Musim tanaman kami diukur
sejak turun-temurun

Masyarakat di California telah menanam anggur bermutu paling tinggi di buminya yang subur sejak lebih 100 tahun dahulu. Ilmu pengetahuan, tradisi dan kepakaran ini telah diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Hasilnya terbukti, kerana anggur segar yang ditanam di California masih tetap yang paling besar, paling banyak jus dan paling lazat di dunia.

 

 

Tinjauan/Sejarah


Selama lebih dua kurun lamanya, penduduk California telah menanam anggur.

Sejak tahun 1700-an, apabila Mubaligh Sepanyol membuka ladang anggur di sebelah gereja yang dibina mereka, hingga ketibaan pendatang pada tahun 1800-an untuk mencari gali emas tetapi mendapati anggur memberi pulangan lebih lumayan, California terus membuktikan keunggulan buminya sebagai kawasan tanaman anggur yang terbaik selama 200 tahun.

Kini, purata rakyat Amerika makan kira-kira 8 paun anggur segar setahun.  Sebanyak 99% daripada anggur ini adalah dari California.  Mengapa?  Kerana bumi kami yang subur dan iklim panas serta kering menghasilkan buah anggur paling manis.  Namun demikian, kami tidak pernah berpeluk tubuh.

Di California, kami juga mengguna pakai piawaian paling tinggi dalam pengeluaran anggur yang kami tanam.  Daripada penanaman biji benih hingga penghantaran kontena, kami memastikan anggur kami ditanam, dituai, dibungkus dan diangkut dengan penjagaan dan perhatian yang rapi untuk memastikan buah yang anda nikmati tiba dalam keadaan segar seperti baru dipetik: gebu dan sempurna.